Saturday, December 10, 2011

Nissan C22 Fuel Tank Leak




Wednesday, November 9, 2011

Rakan Serumah Lelaki Di perlukan Urgent


Rakan serumah lelaki diperlukan untuk kemasukan bulan NOVEMBER 2011 URGENT. Masih
ada 4 KEKOSONGAN lagi. Lokasi di Kelumpuk Kuang B AU Keramat.

Hanya 10 minit ke pusat bandar.

Alamat:-

jalan 14/56 Au Keramat KL.

Jika berminat,bolehlah hubungi:-

012-3588991
atau email ke alidzzr@hotmail.com

sewa termasuk air,api dan maintenance

tak payah bayar deposit/no deposit

Kelebihan tempat di kelilingi pokok dan sejuk.

dekat kawasan riadah untuk futsal dan jogging 100 meter saja dari rumah.

Monday, November 7, 2011

Korban 2011






Tuesday, October 4, 2011

Nissan C22 Starter Service


Factory Defect From APM Nissan Starter










Monday, September 26, 2011

Nissan C22 Electronic Distributor



last time pakai contact point now electronic..not bad..still under testing

Tuesday, August 30, 2011

Alhamdullilah Tanggal 27/08/11 selamat menyerahkan sumbangan ke Rumah Titian Kasih
















Agak lama juga tak menjenguk ke rumah titian kasih di titiwangsa...rupanya sudah berpindah selepas kontroversi dulu tu....jadi terpaksa balik dan cari maklumat dulu di mana lokasi terbaru..alhamdulillah rupanya dekat saja dari lokasi lama...

Suasana 7.30am Di Masjid Tabligh Sri Petaling Sebelum Solat Aidil Fitri 2011



Sunday, August 21, 2011

Nissan C22 Distributor










Saturday, August 13, 2011

Kuih Oh Kuih

Kuih paling gangster= Lompat Tikam
Kuih paling sexy= Puteri Mandi
Kuih paling keji= Taik Itik
Kuih bajet cute= Cek Mek Molek
Kuih untuk awet muda= Seri Muka
Kuih paling alim= Kuih Ketayap
Kuih penyakit lelaki kronik= Batang Buruk
Kuih suka pukul= Kuih Lompang
Kuih dalam zoo= Badak Berendam
Kuih yg bangun sendiri= Kuih Bangkit
Kuih org x mandi= Kuih Bau-lu
Kuih paling tenteram= Kuih Makmur
Kuih paling lembap= Kuih Siput
Kuih paling jauh = Kuih Bulan

Monday, August 8, 2011

MSB Terbakar








Tuesday, July 26, 2011

Renungan

346) Hati Sebesar Cawan Dan Hati Sebesar Kolam


"Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..?" lelaki muda itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan.
Fikirnya, Tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.
Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua.
Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa kelihatan tenang. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia. Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.
Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu dia mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.
"Anak muda," lelaki tua itu bersuara.
"Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam," ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut.
Cawan diambil, air diisi dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.
"Sekarang kamu minumlah air tersebut," dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.
" Apa rasanya?" tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.
" Masin!"
Lelaki tua itu tersenyum lagi.
"Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu. Kemudian kamu hiruplah airnya."
Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air dicedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.
"Apa rasanya, wahai anak muda?" soal lelaki tua itu.
"Tawar, tidak masin seperti tadi," lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.
"Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kamu berbuat begitu tadi?" tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.
"Anakku, beginilah perumpamaan bagi diri kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita."
"Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita."
"Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri."
Maka, pada petang itu lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada.

Monday, May 16, 2011

Diy Paip Pecah





Diy Drive Shaft Kancil..850ezi